Penterjemah Nusantara- IDOLAKU

              Assalamualaikum,salam sejahtera kepada semua yang membaca entri ini.

Ingat tak? Saya pernah berkongsi suatu entri mengenai tokoh sarjana barat yang hebat dalam menterjemah.
Jadi kali ini, saya nak kongsikan salah satu tokoh penterjemah nusantara yang sebenarnya adalah idola saya. Bermula dengan penggunaan kamus marbawi telah membuatkan saya berminat untuk mengetahui siapakah beliau. Bagi saya,untuk mencapai tahap sehingga dapat menghasilkan sebuah kamus bahasa arab-melayu adalah suatu pencapaian yang tinggi bagi saya.

                     
Syeikh Idris al-Marbawi


 Di dalam kamus tersebut,apa yang saya lihat adalah bermula dengan pendahuluan yang mengandungi kaedah-kaedah dan tatacara menggunakan kamus diikuti dengan simbol-simbol yang digunakan. Kamus tersebut disusun mengikut abjad hijaiiyah. Penghasilan sebuah kamus ini memang memberi impak kepada mereka yang mempelajari bahasa arab kerana setiap perkataan yang perlu diterjemahkan semestinya merujuk kepada kamus untuk mendapati makna yang tepat.

Selain daripada itu,Syeikh Idris al-Marbawi menghasilkan terjemahan tafsir al-quran. Antaranya, Tafsir Quran al-Marbawi Juzuk Alif Lam Mim, Tafsir Quran Marbawi Surah Yasin dan Tafsir Surah Yasin Bahasa Melayu. Ketiga-tiga tafsir tersebut asalnya didalam bahasa arab tetapi dijawikan agar memudahkan masyarakat mempelajari dan memahami.

Semoga kita dapat melebarkan sayap perjuangan kita dalam bidang menterjemah seperti mana yang pernah dilakukan oleh tokoh-tokoh terulung agar dapat melahirkan generasi terdidik.

No comments: