Alhamdulillah,bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat menyiapakan sebuah blog untuk dijadikan medium perkongsian ilmu sekaligus merapatkan ukhuwah sesama saudara Islam.Justeru itu,tujuan pembinaan blog ini adalah untuk menambah ilmu pengetahuan,menelusuri sejarah dengan lebih mendalam,memperbaiki penggunaan Bahasa Melayu-Bahasa Arab dan mengenal para tokoh ilmuan. Terlebih dahulu,izinkan kami memperkenalkan tulang belakang yang terlibat dalam pembikinan blog ini
|
NUR SUHAILAH BINTI ABD RAHIM
A159110 |
Assalamualaikum, sedikit sebanyak mengenai perihal hidup saya yang sangat ringkas. Saya anak berkelahiran warga Perak tetapi menetap di Selangor, Mengambil jurusan bahasa Arab dan Tamadun Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia. Nak tahu kenapa saya minat bahasa arab?
KERANA,menguasai sesuatu bahasa itu amatlah penting dalam kehidupan kita. Untuk menguasai sesuatu bahasa tersebut bukanlah hanya tertumpu pada " fasih" berkata-kata tetapi turut juga mahir dalam penulisan seperti dalam bidang penterjemahan. Skop bidang terjemahan ini sangatlah luas,yang mana saya akan kemukakan di entri akan datang. Jadi, fikirkan bagaimana kita hendak memupuk diri kita untuk menjadi seorang penterjemah?
|
ATIKAH BINTI ISHAK
A157676
Assalamualaikum
w.b.t,
Salam ta’aruf
semua. Nama saya Atikah Binti Ishak. Berasal dari Kedah tetapi menetap di
Pulalu Pinang. Merupakan seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengajian Arab dan
Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, UKM. Pada pandangan saya, seorang
individu itu mestilah menguasai ilmu penterjemahan supaya dapat memahami atau
menguasai bahasa asing sekaligus memudahkan ia berkomunikasi untuk membina ilmu
pengetahuan. Selain itu, pembinaan sesebuah tamadun dilihat tercapai sekiranya
penggunaan bahasa dalam kalangan masyarakatnya yang berekonomi dengan
menggunakan bahasa asing menunjukkan sesebuah bahasa itu memainkan peranan yang
penting dalam kegiatan sosial dan ekonomi sekaligus membentuk sebuah tamadun
yang berjaya.
Menurut Dr. Mohd Sukki Othman yang merupakan
pensyarah kanan di Jabatan Bahasa Asing, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi,
Universiti Putra Malaysia, dalam artikelnya di laman Dewan Bahasa dan Pusataka
berkata, “Penterjemahan merupakan bidang yang sangat penting dan relevan pada
sepanjang masa. Hal ini kerana setiap kelompok masyarakat mempunyai bahasanya
yang tersendiri yang digunakan sebagai bahasa pertuturan atau bahasa penulisan.
Untuk memahami sesuatu masyarakat, sama ada dari sudut budaya, pemikiran, cara
berfikir dan sebagainya, kita perlu memahami bahasa sesuatu kelompok masyarakat
itu. Di sinilah terletaknya kepentingan penterjemahan yang bertujuan
memindahkan maklumat dari satu kelompok masyarakat ke kelompok masyarakat yang
lain. Oleh itu, kegiatan penterjemahan bukan sekadar membabitkan pemindahan
perkataan antara dua bahasa, tetapi menjurus kepada pemindahan dan pengembangan
ilmu pengetahuan, pemikiran, kebudayaan dan sebagainya dalam sesuatu
masyarakat. Ringkasnya, terjemahan merupakan alat komunikasi dan wasilah untuk
memindahkan ilmu pengetahuan, budaya masyarakat serta teknologi ke dalam
masyarakat yang lain.
|
No comments:
Post a Comment