TOKOH SARJANA TERJEMAHAN



PETER NEWMARK

BIOGRAFI PETER NEWMARK

Nama                          : Peter Newmark
Tarikh Lahir               : 12 April 1916
Tempat Lahir             : Brno, Republik Czench
Ibu Bapa                     : Ibu bapanya menjalankan perniagaan tekstil yang berjaya di Brno
Isteri                           : Pauline
Tarikh Kematian        : 9 Julai 2011
Pendidikan dan
Pencapaian                 :

Ø  Peter pernah bekerja sebagai juru bahasa ketika Perang Dunia II.
Ø  Menjawat jawatan sebagai ketua bahasa moden di Holborn College of Law, Languang and Commerce.
Ø  Tahun 1981, menterjemahkan buku yang bertajuk Approaches to Translation.
Ø  Banyak buku yang dijadikan sebagai rujukan yang bertajuk A Textbook of Translation pada tahun 1988.
Ø  Tahun 1989, menterjemahkan buku yang bertajuk Paragraphs on Translation.
Ø  Tahun 1981, menterjemahkan buku yang bertajuk About Translation.
Ø  Tahun 1998, menterjemahkan buku yang bertajuk More Paragraphs on Translation.
Ø  Menjadi seorang professor di University of Surrey dan berperanan sebagai tonggak utama Centre of  Translation of Studies.





J.C CATFORD
Nama  : J. C. Catford, ( John Cunnison Catford ) yang dikenali sebagai Ian
Tarikh Lahir  : 26 Mac 1917.

Tempat Lahir   : Endiburgh, Scotland

Isteri  : Lotte
Tarikh Kematian  : October 2009 di Shoreline, Washington, USA
Pendidikan dan
Pencapaian    :
·         Banyak menyumbangkan dalam kajian fonetik.

·         Beliau telah menyertai pelbagai persatuan terutamatanya di Universiti Edinburgh.

      ·         Bekerja sebagai Penyiasat Linguistic Scotland kemudian dilantik sebagai pengarah utama                 di School of Applied Linguistic.

      ·         Pada tahun 1939 hingga 1946, beliau berkhidmat dalam Overseas Service of the British Council       di Greek, Mesir dan Palestin.

      ·         Melakukan kerja-kerja sebagai seorang pelakon dan mengajar fonetil di Royal Academy of               Dramatic Art.

      ·         David Abercrombie telah melihat kemahiran Catford semasa beliau memberikan ceramah radio        BBC.

     ·       Beliau menterjemah ucapan daripada Shakespeare Hamlet pada abad ke-18 yang dituturkan oleh      pelakon hebat iaitu David Garrick.

     ·     Catford sangat prihatin dalam menghasilkan satu tak sonomi fonetik universal sistematik.

     ·      Pada tahun 1985, beliau merupakan Pengarah Institut Bahasa Inggeris di Universiti Michigan.

     ·      Buku yang terakhir dilaksanakan beliau ialah Practical Introduction to Phonetics.     
    
     ·       Dia disukai secara peribadi dan sangat dikagumi sebagai seorang guru.
     

ROGER T BELL


       ·         Tejemahan dan menterjemah :Teori dan Praktis.
       ·         Sosio linguistik : Matlamat, pendekatan dan masalah.
       ·         Pengenalan terhadap penggunaan linguistik : Pendekatan dan kaedah dalam bahasa.
       ·         Bell menganggap bahawa penterjemah adalah penghubung yang perluuntuk memproses maklumat dan memproses teks. Untuk berbuat demikian, memerlukan pengetahuan prosedural dan pengetahuan fakta.
       ·         Teori Penterjemahan : Bell mencadangkan kemasukan teori terjemahan dalam linguistik gunaan, khususnya dalam komunikasi manusia.
       ·         Kebolehan dalam penterjemah : Menurut Roger T.Bell, proses terjemahan adalah berkaitan dengan komunikasi antara manusia harus mempunyai kebolehan perkara berikut :

        1) kecekapan dalam tatabahasa
        2) kecekapan sosio linguistik
        3) kecekapan wacana ( kefasihan, keupayaan untuk bercakap)
        4) strategi kecekapan ( penggunaan lisan dan bukan lisan untuk berkomunikasi)

        ·         Kebolehan dalam terjemahan : Bell menegaskan bahawa penterjemah harus mempunyai                   kecekapan linguistik dalam bahasa sumber dan bahasa sasaran.

      


                                                              EUGENE NIDA


        Nama                          : Eugene A. Nida
        Tarikh Lahir               : 11 November 1914
        Tempat Lahir             : Oklahama City, Oklahama
         Isteri-isteri                   : Althea Sprague (1943-1993) & Dr. Elena Fernandez (1997-2011)
         Tarikh kematian         : 25 Ogos 2011 (berumur 96), Madrid, Spain
         Pendidikan dan
         Pencapaian                 :

        1936: Menamatkan pengajian dari University Of California dengan pencapaian ‘Summa cum laude  iaitu tahap akademik yang cemerlang dengan diberi penghormatan tertinggi diiktiraf di Amerika Syarikat selepas ‘magna cum laude’ dan ‘cum laude’. Selepas tamat pengajian, Nida menghadiri Camp Wycliffe iaitu tempat untuk mempelajari teori penterjemahan kitab Bible.

       1937-1939 : Menjalankan kajian di University of Southern California, di mana beliau mendapat Ijazah  Sarjana dalam kursus New Testament Greek pada tahun 1939. Kemudian, beliau dilantik        menjadi  paderi di Gereja Calvary Santana, California.

      1943: Menerima Ph.D dalam jurusan Linguistik dari Universiti Michigan. Beliau telah dilantik menjadi ‘menteri baptis’.


    Karier             :           Pada tahun 1943, Nida  memulakan kerjayanya sebagai ahli bahasa bagi persatuan American Bible Society (ABS). Kemudian, beliau telah dinaikkan pangkat berjawatan sebagai Setiausaha Eksekutif Terjemahan sehinggalah bersara pada tahun 1980. Teori Nida bermula apabila beliau diarahkan untuk mengikuti misi ke Afrika dan Amerika Latin untuk menjadi ahli penterjemah kitab Bible. Bermula dari itu beliau menyedari akan kepentingan terjemahan seterusnya mengajarkan kepada para penterjemah yang lain untuk menterjemah dengan cara yang betul, memberi latihan dan pengorganisasian. Beliau merantau ke pelbagai daerah untuk meluaskan kegiatannya dalam mendidik para penterjemah menjadi yang terbaik sehingga terbentuk struktur organisasi yang akhirnya bersifat mendunia melalui United Bible Societies Translation Program.

Teori               :           Nida merupakan perintis kepada teori penterjemahan dan linguistik. Beliau menukilkan teori tersebut melalui penulisan karyanya seperti The Theory and Practice of Translation, Language Structure and Translation: Essays, Morphology: The Descriptive Analysis of Words dan sebagainya. Nida telah mengklasifikasikan 6 aspek penting dalam penterjemahan.
1) Penyalinan semula maklumat
2) Persamaan bukan keserupaan
3) Persamaan yang bersahaja
4) Persamaan terdekat
5) Keutamaan makna
6) Kepentingan gaya



                  

                                                                          MILDRED  L. LARSON  
           Nama : Mildred L. Larson
          Tarikh Lahir : 29 Mac 1925
         Tempat Lahir : St. Lawrence, South Dakota, United State
         Ibu Bapa : Johd Larson & Alma Larson
         Tarikh Kematian: 9 April 2014 (berumur 89), Bagley, Minnesota, USA
          Pendidikan dan
         Pencapaian                 :

1943  : Beliau menghabiskan zaman remajanya di  Bemidji High School.
1947 :Melanjutkan pelajaran di Wheaton College, Wheaton, IL, USA dan menerima BA (Bachelor of Art) in English. Kemudian setelah menghabiskan pengajiannya, beliau memulakan kerjayanya sebagai guru di sebuah sekolah selama dua tahun. Setelah itu, barulah beliau mengorak langkah menjadi seorang penterjemah di Camp Wycliffe sama seperti Eugene A.Nida. Larson dihantar ke Universiti Of Oklahama untuk dilatih menjadi seorang penterjemah yang hebat dalam bidang Linguistik. Kemudian, Larson juga menghadiri kelas Languistik di Colombia Bible College Graduate School sebelum dihantar bertugas di Peru, US.

1952  :Beliau bertanggungjawab sebagai ahli bahasa, literasi dan penterjemah kepada        bangsa Aguaruna, Peru. Beliau bekerja dengan pasukan ahli WBT Radio Station. Pada    ketika itu mereka dapat belajar bahasa asing, mewujudkan program ‘Bilingual Education’  yang berkesan, dan menterjemahkan kitab New Testament Bible dan bahan-bahan lain ke    dalam bahasa Aguaruna  .

        1958  : Menamatkan MA (Master of Art) dalam Linguistik di Universiti Michigan.

Karier: Beliau dilantik menjadi penyelaras akademik bagi kawasan Amerika Latin yang berkhidmat sebagai perunding terjemahan. Beliau menamatkan Ph.D dalam bidang Kemanusiaan melalui kajiannya di Hartford Seminary and the University of Texas di Arlington pada tahun1978. Seterusnya Larson mula menulis sebuah buku mengenai pengalamannya ketika di Aguaruna yang bertajuk Treasure in Clay Pots dan sebuah buku linguistik Functions of Reported Speech.


            Pada tahun 1980, beliau diminta untuk berkhidmat sebagai ‘penyelaras terjemahan antarabangsa’. Beliau mewujudkan atau membina sebuah bengkel latihan perunding di pelbagai negara untuk melatih ahli-ahli baru. Dalam pada itu, beliau juga telah menulis buku teks untuk program latihan. Buku ini digunakan di Universiti di dalam kursus-kursus latihan di seluruh dunia dan juga telah diterbitkan dalam bahasa Sepanyol, Indonesia, Rusia dan Arab





 IAN FINLAY

Nama                          : William Ian Robertson Finlay
Tarikh Lahir               : 2 Disember 1906
Tempat Lahir             : Auckland, New Zealand
Isteri                           : Mary Pringle
Tarikh Kematian        : 10 Disember 1995 di Edinburgh, United Kingdom


           Selepas itu,beliau berpindah ke Scotland dan menyambung pengajiannya di Edinburgh Academy dan Edinburgh University. Finlay pernah mengikuti sebagai ahli diraja Scottish. Beliau berkahwin bersama Mary Pringle sebelum perang dunia kedua. Semasa perang dunia berlaku, Ian dilantik sebagai Menteri Maklumat dan kemudian dinaiikan pangkat sebagai sebagai Timbalan Pegawai Maklumat dari tahun 1942 hingga 1944.

         Pada 1955,Finlay ditawarkan menjadi kurator di bahagian jabatan seni dan ethnografi di Muzium Diraja Scottish. Finlay menjadi sebagai pengarah muzium bermula tahun 1961 sehingga beliau bersara pada 1971. Sebagai pengarah,beliau telah melakukan satu pembaharuan iaitu membangunkan sebuah jabatan pendidikan di muzium tersebut. Setelah bersara pada 1972,beliau memegang jawatan sebagai Professor Antiquiti di Akademik Diraja Scottish. Beliau menerbitkan beberapa buah buku yang paling terkenal iaitu buku translater .

No comments: