· Dia disukai secara peribadi dan sangat dikagumi sebagai seorang
guru.
ROGER T BELL
·
Tejemahan dan menterjemah :Teori dan Praktis.
·
Sosio linguistik : Matlamat, pendekatan dan masalah.
·
Pengenalan terhadap penggunaan linguistik : Pendekatan
dan kaedah dalam bahasa.
·
Bell menganggap bahawa penterjemah adalah penghubung yang
perluuntuk memproses maklumat dan memproses teks. Untuk berbuat demikian,
memerlukan pengetahuan prosedural dan pengetahuan fakta.
·
Teori Penterjemahan : Bell mencadangkan kemasukan teori
terjemahan dalam linguistik gunaan, khususnya dalam komunikasi manusia.
·
Kebolehan dalam penterjemah : Menurut Roger T.Bell,
proses terjemahan adalah berkaitan dengan komunikasi antara manusia harus
mempunyai kebolehan perkara berikut :
1)
kecekapan dalam tatabahasa
2)
kecekapan sosio linguistik
3)
kecekapan wacana ( kefasihan, keupayaan untuk bercakap)
4)
strategi kecekapan ( penggunaan lisan dan bukan lisan untuk berkomunikasi)
·
Kebolehan dalam terjemahan : Bell menegaskan bahawa
penterjemah harus mempunyai kecekapan linguistik dalam bahasa sumber dan bahasa
sasaran.
EUGENE NIDA
Nama
: Eugene A. Nida
Tarikh
Lahir
: 11 November 1914
Tempat
Lahir :
Oklahama City, Oklahama
Isteri-isteri
: Althea Sprague (1943-1993) & Dr. Elena
Fernandez (1997-2011)
Tarikh
kematian
: 25 Ogos 2011 (berumur 96), Madrid, Spain
Pendidikan
dan
Pencapaian :
1936:
Menamatkan pengajian dari University Of California dengan pencapaian
‘Summa cum laude iaitu tahap akademik yang cemerlang dengan
diberi penghormatan tertinggi diiktiraf di Amerika Syarikat selepas ‘magna cum laude’ dan ‘cum
laude’. Selepas tamat pengajian, Nida menghadiri Camp Wycliffe iaitu tempat untuk
mempelajari teori penterjemahan kitab Bible.
1937-1939 : Menjalankan kajian di University of
Southern California, di mana beliau mendapat Ijazah Sarjana dalam kursus New Testament Greek pada
tahun 1939. Kemudian, beliau dilantik menjadi paderi di Gereja Calvary Santana, California.
1943: Menerima Ph.D dalam jurusan Linguistik dari Universiti Michigan. Beliau
telah dilantik menjadi ‘menteri
baptis’.
Karier : Pada
tahun 1943, Nida memulakan kerjayanya
sebagai ahli bahasa bagi persatuan American Bible Society (ABS). Kemudian,
beliau telah dinaikkan pangkat berjawatan sebagai Setiausaha Eksekutif
Terjemahan sehinggalah bersara pada tahun 1980. Teori Nida bermula apabila
beliau diarahkan untuk mengikuti misi ke Afrika dan Amerika Latin untuk menjadi
ahli penterjemah kitab Bible. Bermula dari itu beliau menyedari akan
kepentingan terjemahan seterusnya mengajarkan kepada para penterjemah yang lain
untuk menterjemah dengan cara yang betul, memberi latihan dan pengorganisasian.
Beliau merantau ke pelbagai daerah untuk meluaskan kegiatannya dalam mendidik
para penterjemah menjadi yang terbaik sehingga terbentuk struktur organisasi
yang akhirnya bersifat mendunia melalui United Bible Societies Translation
Program.
Teori : Nida
merupakan perintis kepada teori penterjemahan dan linguistik. Beliau menukilkan
teori tersebut melalui penulisan karyanya seperti The Theory and Practice of
Translation, Language Structure and Translation: Essays, Morphology: The
Descriptive Analysis of Words dan sebagainya. Nida telah mengklasifikasikan 6
aspek penting dalam penterjemahan.
1) Penyalinan semula maklumat
2) Persamaan bukan keserupaan
3) Persamaan yang bersahaja
4) Persamaan terdekat
5) Keutamaan makna
MILDRED L. LARSON
Nama : Mildred L. Larson
Tarikh
Lahir : 29 Mac 1925
Tempat
Lahir :
St. Lawrence, South Dakota, United State
Ibu Bapa : Johd Larson &
Alma Larson
Tarikh
Kematian: 9 April 2014 (berumur 89), Bagley, Minnesota, USA
1943 :
Beliau menghabiskan zaman remajanya di Bemidji
High School.
1947 :Melanjutkan pelajaran di Wheaton College, Wheaton, IL, USA dan menerima BA
(Bachelor of
Art) in English. Kemudian setelah menghabiskan pengajiannya, beliau memulakan
kerjayanya sebagai guru di sebuah sekolah selama dua tahun. Setelah itu,
barulah beliau mengorak langkah menjadi seorang penterjemah di Camp Wycliffe
sama seperti Eugene A.Nida. Larson dihantar ke Universiti Of Oklahama
untuk dilatih menjadi seorang penterjemah yang hebat dalam bidang Linguistik.
Kemudian, Larson juga menghadiri kelas Languistik di Colombia Bible College
Graduate School sebelum dihantar bertugas di Peru, US.
1952 :Beliau bertanggungjawab sebagai ahli bahasa, literasi dan penterjemah kepada bangsa Aguaruna,
Peru. Beliau bekerja dengan pasukan ahli WBT Radio Station. Pada ketika itu
mereka dapat belajar bahasa asing, mewujudkan program ‘Bilingual Education’ yang berkesan, dan menterjemahkan kitab New Testament Bible dan bahan-bahan
lain ke dalam bahasa Aguaruna .
1958 : Menamatkan MA
(Master of Art) dalam Linguistik di Universiti Michigan.
Karier: Beliau dilantik menjadi penyelaras akademik bagi kawasan Amerika Latin yang berkhidmat
sebagai perunding terjemahan. Beliau menamatkan Ph.D dalam bidang Kemanusiaan
melalui kajiannya di Hartford Seminary and the University of Texas di
Arlington pada tahun1978. Seterusnya Larson mula menulis sebuah buku mengenai
pengalamannya ketika di Aguaruna yang bertajuk Treasure in Clay Pots dan sebuah
buku linguistik Functions of Reported Speech.
Pada
tahun 1980, beliau diminta untuk berkhidmat sebagai ‘penyelaras terjemahan
antarabangsa’. Beliau mewujudkan atau membina sebuah bengkel latihan perunding
di pelbagai negara untuk melatih ahli-ahli baru. Dalam pada itu, beliau juga
telah menulis buku teks untuk program latihan. Buku ini digunakan di Universiti
di dalam kursus-kursus latihan di seluruh dunia dan juga telah diterbitkan
dalam bahasa Sepanyol, Indonesia, Rusia dan Arab
IAN FINLAY
Nama : William Ian
Robertson Finlay
Tarikh
Lahir :
2 Disember 1906
Tempat
Lahir : Auckland, New Zealand
Isteri : Mary Pringle
Tarikh
Kematian : 10
Disember 1995 di Edinburgh, United Kingdom
Selepas
itu,beliau berpindah ke Scotland dan menyambung pengajiannya di Edinburgh
Academy dan Edinburgh University. Finlay pernah mengikuti sebagai ahli diraja
Scottish. Beliau berkahwin bersama Mary Pringle sebelum perang dunia kedua.
Semasa perang dunia berlaku, Ian dilantik sebagai Menteri Maklumat dan kemudian
dinaiikan pangkat sebagai sebagai Timbalan Pegawai Maklumat dari tahun 1942
hingga 1944.
Pada
1955,Finlay ditawarkan menjadi kurator di bahagian jabatan seni dan ethnografi
di Muzium Diraja Scottish. Finlay menjadi sebagai pengarah muzium bermula tahun
1961 sehingga beliau bersara pada 1971. Sebagai pengarah,beliau telah melakukan
satu pembaharuan iaitu membangunkan sebuah jabatan pendidikan di muzium
tersebut. Setelah bersara pada 1972,beliau memegang jawatan sebagai Professor
Antiquiti di Akademik Diraja Scottish. Beliau menerbitkan beberapa buah buku
yang paling terkenal iaitu buku translater .